Assalamualaikum wbh,
pejam celik.. tidur malam, siang kerja.. alih2 hari ni dah 17 Jan 2014, sungguh cepat masa berlalu. kekadang rasa baru nak tidur.. tetiba dah siang. jam henfon dah bunyi, mak aiii kena bangun nak siapkan anak2 ke sekolah dan diri sendiri ke mana lagi kalu tak meredah jem dari rawang ke sg penchala menuju ke office (makin lama makin bencinta nak ke office).....
apa yang Lasufi Cotton dah achieve untuk tahun lepas. adakah dah meet target or masih merangkak. org kata sampai bila2 pun kita takkan puas hati dengan apa yang kita capai. kerja masih diteruskan seperti biasa, tp ada satu achievement yang cukup membanggakan iaitu PEMBUKAAN KEDAI LASUFI COTTON DI MALAY TOWN KUANTAN. Walaupun baru bermula kira-kira 2 bulan lepas tapi sambutan dari hari ke hari makin meningkat. Pelanggan dah mula kenal Lasufi Cotton dan mula menerjah setiap minggu.. terima kasih kami ucapkan.. nampaknya kerja kuat perlu dieteruskan berganda-ganda. Design baru mesti ada setiap bulan , untuk memenuhi citarasa pelanggan. Customer Service kena dipertingkatkan, delivery mesti fast. jangan asyik tertangguh tapi kadang ... ada benda yang kita tak dapat kawal, kurier company ni amatla dikesalkan. yang namanya laju dan jadi lembab. yang janji-janji manis 1 day delivery dah jadi 1 week or 2 weeks delivery hanya untuk sampai ke Shah Alam dari Rawang. sakitnya hari hanya Allah yang tau tapi kami amat berterima kasih pada pelanggan yang faham keadaan kami. Sepatutnye semakin ramai yang terjebak dalam bisnes online, quality perkhidmatan dia orang mestilah lagi bagus, bukan makin merudum.. (sakit hati la nak cite pasal kurier ni,.. kalaula saya bnyak modal akan.......)
Masih bercita-cita untuk membuka sepenuhnya cawangan di Rawang, bukan semata-mata weekend yang mana kami rasakan susah untuk pelanggan untuk memilih sendiri dan bukan on-line. Akan ku usahakan cita2 ini InsyaAllah. sapa tau mungkin tahun 2014 akan jadi kenyataan...
Harap2 akan tercapai.. Amin
Me&Cotton
Fabrics of Our Lives...
Wednesday, 15 January 2014
Wednesday, 4 December 2013
Cerita Pokok dan Mancis
Assalamualaikum WBH,
Sekadar renungan petang hari...
Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis,
tetapi satu batang mancis juga dapat
membakar jutaan pokok.
🔥
Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis
mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu, setiap kali ada
gesekan kecil, Sang mancis terus terbakar.
🐛
Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidaklah perlu terbakar dgn
perasaan marah hanya kerena gesekan kecil. Ketika burung hidup, ia makan ulat,
ketika burung mati, ulat pula makan burung.
.. Waktu terus berputar sepanjang zaman sama seperti
kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan
kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita.
🌊
Kita mungkin berkuasa hari ini tetapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu
kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita.
💊
Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi
HARTA.
.. Ketika kita tua, kita baru tahu bahawa masih banyak
perkara yang belum kita kerjakan dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu
begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.
⏳Hidup
tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA.
Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.
✅
Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat.
Believe in "Cause & Effect"
..Apa yang ditabur,
itulah yang akan kita tuai...
Baca lah....
Tuesday, 26 November 2013
Disember - penghujung tahun
Assalamulaikum WBH,
Topik hangat seantero dunia pasal isu pelakon sensasi yang akan mendirikan tumahtangga bulan Disember ni.. tarikh cantik 11.12.13... sana sana sini di blog bercerita sakan.. ada yang mengutuk dan ada yang memuji.... as for me itu rezeki diaorang mendapat tajaan 13 juta katanya.. bertuah badan. segala benda mendapt sponsor.. sapa yang tak nakkan kalu dah diberi. di tolak dikata sombong, di ambil akan dikata tamak.. masing2 mempunyai perception sendiri dan saya pasti dari hasil tajaan ada pulangan untuk mereka yang menaja..
Bagi saya bulan December adalah tarikh yang cukup bermakna,. kelahiran saya dan anak perempuan yang akan capai umur 7 tahun 4 dec 2010. Macam2 hadiah yang dimintak. sekejap nak sambut di KFC, sekejap di McD .. boleh la lagi .. yg paling tak tahan nak sambut kat taman legoland... jauhnya jiha nak pergi. terkejut ibu tau..
kita raikan sekadarnya aje. kata orang saja nak ingat tarikh dan ada makan2 sikit.. ada hadiah sikit.. bagi happy sikit si besday girl...hadiah belum dicarik... nampaknya Jumaat ni menuju curve la kita ..
tp maknye menuggu hadiah yang lebih besar.... apa kah itu ....jeng jeng jeng....

Monday, 5 August 2013
Crite Jam 5
" salam, mintak maaf mengganggu mlm2 saya nak bgtau esok pagi saya balik kg. klu nak amik jg akak kena datang mlm nie la... klu x amik lepas Raya la..."
message pukul 11.53 mlm tadi... yang saya baca pukul 4.10 pagi. a few calls made but no answering, hati dah tak keruan ni, memikirkan baju raya nak pakai.. satu hal.. takut kena bising pun satu hal. cepat2 kejutkan huby suruh bangun makan sahur. kami kena jumpa tailor before 5 sbb dia nak terbang ke padang, nak gerak ke LCCCT..
klu tidak. tak berbaju raya la kami 3 branak... tak tau ngape tahun ni persiapan hari raya dilakukan last minit tak macam tahun2 lepas. klu 3 tahun lepas sebelum bersalinkan Naeema saya masih gagah memanjat tangga (eskalator je pun), masa tu saya bersalin kan dia pada hari kedua Ramadhan. dah berpakat ngan suami kena sipakan segalanya sebelum saya bersalin. dengan perut memboyot menuju ke SOGO yang memamg terkenal ngan ramai orang. tapi gigih. tak kisah berhimpit2, berasak-asak janji dapat baju anak-anak. Tahun lepasa kami shopping masa bulan puasa tp waktu malam. jadi takdelah penat sangat. lepas je berbuka/magrib. terus menonong-nonong menuju SOGO gak. kadang kalu dipikirkan apa yang best sangat shopping kat situ. dah la bersesak-sesak. nak milih kain pun susah. nak bayar pun satu hal beratur panjang. tempat international lagi sbb berbilang kaum dan bangsa ada kat situ. sebut je nak bangsa apa mesti ada. yag melepak kat tangga pun soksah cakapla....tp SOGO jugak tetap diredah. for me, maybe there's so much of choices you may get. nak fesyen apa seme ada...berhimpit pun berhimpit la..
tp tahun ni dah takde nak meredah ke SOGO.. malam tadi ke Jalan TAR mencari baju melayu suami dan anak bujang, sib baik kaler orange ada.... malam ni pulak nak meerdah ke parkson rawang sudah.. nak carik 2,3 lai baju kemeja untuk anak dara 2 orang... cukupla persiapan tahun ni. ....
Sunday, 28 July 2013
MELEPEK
Assalamualaikum WBH,,
Puasa hari ke 14... sorang melepek sebab posa dan sorang lagi melepek sebab demam...penuh bertepek ngan air asam jawa atas kepala. petua orang tua nak bagi sejuk kepala.....
Tuesday, 23 July 2013
Kenapa Fabrik Cotton
Assalamualaikum WBH,
Dalam banyak2 pilihan kain yang terdapat di dunia ini, mengapa cotton yang menjadi pilihan.....pada saya banyak sebab sebenarnya yang membuatkan saya lebih berminat untuk memakai cotton :-
1. Tahan Lasak.... cotton bermutu dan berkualiti selalunya tahan lasak. kain tidak mengecut dan turun warna.... untuk saya wanita berkerja .. semua kerja rumah perlu dilakukan dengan pantas. kerja-kerja membasuh perlu dielakkan seminimum mungkin.. yang paling senang masuk je washing machine.. no need extra care to be taken for your fabric
2. Warna dan design- klu zaman dulu mak-mak kita punya baju cotton mesti bunga2 halus kan... warnapun dull je.. tapi skarang klu uolls tgk corak dan warna cotton dah mcm2 ... striking, dull, sweets design floral, abstract, polkadot, stripes, cartoon, cars, segala design ada... tell me what kind of material u have all these designs if not cotton.....
3. Kegunaan cotton sendiri pelbagai - barut baby, bedung, pakaian, tilam bantal, sarung kusyen, langsir, hatta alas meja pun ramai orang prefer cotton.....pendek kata mcm2 benda boleh dibuat dengan fabrik cotton.. janji creative.... i lupa lagi satu bag pun sekarang dah guna cotton.. klu tgk kat website macam2 pattern bag ada di jual.. (later on ada di www.lasuficotton.com)
4. Serap peluh - cotton adalah fabrik yang paling baik untuk menyerap peluh dan tidak panas.. untuk kita iklim khatulistiwa, panas dan hujan ni memang sesuai sangatla.....
5. Sepanjang zaman - dari zaman 40 an hinggalah skarang cotton masih di hati peminat-peminatnya... evergreen.. tak lekang dek panas dan tak lapok dek hujan
Dalam 5 kebaikkan cotton yang saya dapat listkan. cotton juga ada keburukanya....CEPAT KEDUT DAN MESTI DI GOSOK SEBELUM PAKAI... tp kalu u beli 100% original cotton, kerja-kerja menggosok tidaklah payah mana.... cepat je hilang kedutnya.........
klu nak dptkan cotton berkualiti... sila klik link bawah... anda akan agree dengan saya pengalaman memakai kain cotton...
http://www.lasuficotton.com/
asal pokok kapas..
dah jadi kain nakbuat baju
Tuesday, 9 July 2013
SALAM RAMADHAN
Assalamualaikum WBH,
Datangnya Ramadhan lagi, bulan yang memberi 1001 nikmat, berakah dan bulan yang kita seharusnya lipat gandakan amalan-amalan....
Anak kedua saya Najeeha, 7 tahun baru bertatih untuk berpuasa,, pagi ni balik dari sekolah agama, telefon mintak izin nak bukak puasa... katanya tak tahan nak tunggu sampai petang. nak di larang-larang jangan berbuka kesian pula sebab disebelah petang ada lagi sessi persekolahan. Nak dibiarkan berbuka rasanya tak elok pulak . bila lagi nak belajar berpuasa. Kalau hari ni dapat setengah hari, lama lama kelamaan dapatlah satu hari berpuasa penuh... Alahai anak.. Ibu pun tak sampai hati. Akhirnya yang terkeluar dari mulut makanla kalu dah tak tahan....terdengar dari corong telefon... mak..ibu bagi jiha makan..... petang ni saya nak perhatikan dia.. waktu orang berbuka pasti dia yang lebih-lebih dari abangnya....

Subscribe to:
Posts (Atom)