Assalamualaikum wbh,
pejam celik.. tidur malam, siang kerja.. alih2 hari ni dah 17 Jan 2014, sungguh cepat masa berlalu. kekadang rasa baru nak tidur.. tetiba dah siang. jam henfon dah bunyi, mak aiii kena bangun nak siapkan anak2 ke sekolah dan diri sendiri ke mana lagi kalu tak meredah jem dari rawang ke sg penchala menuju ke office (makin lama makin bencinta nak ke office).....
apa yang Lasufi Cotton dah achieve untuk tahun lepas. adakah dah meet target or masih merangkak. org kata sampai bila2 pun kita takkan puas hati dengan apa yang kita capai. kerja masih diteruskan seperti biasa, tp ada satu achievement yang cukup membanggakan iaitu PEMBUKAAN KEDAI LASUFI COTTON DI MALAY TOWN KUANTAN. Walaupun baru bermula kira-kira 2 bulan lepas tapi sambutan dari hari ke hari makin meningkat. Pelanggan dah mula kenal Lasufi Cotton dan mula menerjah setiap minggu.. terima kasih kami ucapkan.. nampaknya kerja kuat perlu dieteruskan berganda-ganda. Design baru mesti ada setiap bulan , untuk memenuhi citarasa pelanggan. Customer Service kena dipertingkatkan, delivery mesti fast. jangan asyik tertangguh tapi kadang ... ada benda yang kita tak dapat kawal, kurier company ni amatla dikesalkan. yang namanya laju dan jadi lembab. yang janji-janji manis 1 day delivery dah jadi 1 week or 2 weeks delivery hanya untuk sampai ke Shah Alam dari Rawang. sakitnya hari hanya Allah yang tau tapi kami amat berterima kasih pada pelanggan yang faham keadaan kami. Sepatutnye semakin ramai yang terjebak dalam bisnes online, quality perkhidmatan dia orang mestilah lagi bagus, bukan makin merudum.. (sakit hati la nak cite pasal kurier ni,.. kalaula saya bnyak modal akan.......)
Masih bercita-cita untuk membuka sepenuhnya cawangan di Rawang, bukan semata-mata weekend yang mana kami rasakan susah untuk pelanggan untuk memilih sendiri dan bukan on-line. Akan ku usahakan cita2 ini InsyaAllah. sapa tau mungkin tahun 2014 akan jadi kenyataan...
Harap2 akan tercapai.. Amin
Wednesday, 15 January 2014
Wednesday, 4 December 2013
Cerita Pokok dan Mancis
Assalamualaikum WBH,
Sekadar renungan petang hari...
Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis,
tetapi satu batang mancis juga dapat
membakar jutaan pokok.
🔥
Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis
mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu, setiap kali ada
gesekan kecil, Sang mancis terus terbakar.
🐛
Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidaklah perlu terbakar dgn
perasaan marah hanya kerena gesekan kecil. Ketika burung hidup, ia makan ulat,
ketika burung mati, ulat pula makan burung.
.. Waktu terus berputar sepanjang zaman sama seperti
kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan
kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita.
🌊
Kita mungkin berkuasa hari ini tetapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu
kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita.
💊
Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi
HARTA.
.. Ketika kita tua, kita baru tahu bahawa masih banyak
perkara yang belum kita kerjakan dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu
begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.
⏳Hidup
tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA.
Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.
✅
Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat.
Believe in "Cause & Effect"
..Apa yang ditabur,
itulah yang akan kita tuai...
Baca lah....
Tuesday, 26 November 2013
Disember - penghujung tahun
Assalamulaikum WBH,
Topik hangat seantero dunia pasal isu pelakon sensasi yang akan mendirikan tumahtangga bulan Disember ni.. tarikh cantik 11.12.13... sana sana sini di blog bercerita sakan.. ada yang mengutuk dan ada yang memuji.... as for me itu rezeki diaorang mendapat tajaan 13 juta katanya.. bertuah badan. segala benda mendapt sponsor.. sapa yang tak nakkan kalu dah diberi. di tolak dikata sombong, di ambil akan dikata tamak.. masing2 mempunyai perception sendiri dan saya pasti dari hasil tajaan ada pulangan untuk mereka yang menaja..
Bagi saya bulan December adalah tarikh yang cukup bermakna,. kelahiran saya dan anak perempuan yang akan capai umur 7 tahun 4 dec 2010. Macam2 hadiah yang dimintak. sekejap nak sambut di KFC, sekejap di McD .. boleh la lagi .. yg paling tak tahan nak sambut kat taman legoland... jauhnya jiha nak pergi. terkejut ibu tau..
kita raikan sekadarnya aje. kata orang saja nak ingat tarikh dan ada makan2 sikit.. ada hadiah sikit.. bagi happy sikit si besday girl...hadiah belum dicarik... nampaknya Jumaat ni menuju curve la kita ..
tp maknye menuggu hadiah yang lebih besar.... apa kah itu ....jeng jeng jeng....

Monday, 5 August 2013
Crite Jam 5
" salam, mintak maaf mengganggu mlm2 saya nak bgtau esok pagi saya balik kg. klu nak amik jg akak kena datang mlm nie la... klu x amik lepas Raya la..."
message pukul 11.53 mlm tadi... yang saya baca pukul 4.10 pagi. a few calls made but no answering, hati dah tak keruan ni, memikirkan baju raya nak pakai.. satu hal.. takut kena bising pun satu hal. cepat2 kejutkan huby suruh bangun makan sahur. kami kena jumpa tailor before 5 sbb dia nak terbang ke padang, nak gerak ke LCCCT..
klu tidak. tak berbaju raya la kami 3 branak... tak tau ngape tahun ni persiapan hari raya dilakukan last minit tak macam tahun2 lepas. klu 3 tahun lepas sebelum bersalinkan Naeema saya masih gagah memanjat tangga (eskalator je pun), masa tu saya bersalin kan dia pada hari kedua Ramadhan. dah berpakat ngan suami kena sipakan segalanya sebelum saya bersalin. dengan perut memboyot menuju ke SOGO yang memamg terkenal ngan ramai orang. tapi gigih. tak kisah berhimpit2, berasak-asak janji dapat baju anak-anak. Tahun lepasa kami shopping masa bulan puasa tp waktu malam. jadi takdelah penat sangat. lepas je berbuka/magrib. terus menonong-nonong menuju SOGO gak. kadang kalu dipikirkan apa yang best sangat shopping kat situ. dah la bersesak-sesak. nak milih kain pun susah. nak bayar pun satu hal beratur panjang. tempat international lagi sbb berbilang kaum dan bangsa ada kat situ. sebut je nak bangsa apa mesti ada. yag melepak kat tangga pun soksah cakapla....tp SOGO jugak tetap diredah. for me, maybe there's so much of choices you may get. nak fesyen apa seme ada...berhimpit pun berhimpit la..
tp tahun ni dah takde nak meredah ke SOGO.. malam tadi ke Jalan TAR mencari baju melayu suami dan anak bujang, sib baik kaler orange ada.... malam ni pulak nak meerdah ke parkson rawang sudah.. nak carik 2,3 lai baju kemeja untuk anak dara 2 orang... cukupla persiapan tahun ni. ....
Sunday, 28 July 2013
MELEPEK
Assalamualaikum WBH,,
Puasa hari ke 14... sorang melepek sebab posa dan sorang lagi melepek sebab demam...penuh bertepek ngan air asam jawa atas kepala. petua orang tua nak bagi sejuk kepala.....
Tuesday, 23 July 2013
Kenapa Fabrik Cotton
Assalamualaikum WBH,
Dalam banyak2 pilihan kain yang terdapat di dunia ini, mengapa cotton yang menjadi pilihan.....pada saya banyak sebab sebenarnya yang membuatkan saya lebih berminat untuk memakai cotton :-
1. Tahan Lasak.... cotton bermutu dan berkualiti selalunya tahan lasak. kain tidak mengecut dan turun warna.... untuk saya wanita berkerja .. semua kerja rumah perlu dilakukan dengan pantas. kerja-kerja membasuh perlu dielakkan seminimum mungkin.. yang paling senang masuk je washing machine.. no need extra care to be taken for your fabric
2. Warna dan design- klu zaman dulu mak-mak kita punya baju cotton mesti bunga2 halus kan... warnapun dull je.. tapi skarang klu uolls tgk corak dan warna cotton dah mcm2 ... striking, dull, sweets design floral, abstract, polkadot, stripes, cartoon, cars, segala design ada... tell me what kind of material u have all these designs if not cotton.....
3. Kegunaan cotton sendiri pelbagai - barut baby, bedung, pakaian, tilam bantal, sarung kusyen, langsir, hatta alas meja pun ramai orang prefer cotton.....pendek kata mcm2 benda boleh dibuat dengan fabrik cotton.. janji creative.... i lupa lagi satu bag pun sekarang dah guna cotton.. klu tgk kat website macam2 pattern bag ada di jual.. (later on ada di www.lasuficotton.com)
4. Serap peluh - cotton adalah fabrik yang paling baik untuk menyerap peluh dan tidak panas.. untuk kita iklim khatulistiwa, panas dan hujan ni memang sesuai sangatla.....
5. Sepanjang zaman - dari zaman 40 an hinggalah skarang cotton masih di hati peminat-peminatnya... evergreen.. tak lekang dek panas dan tak lapok dek hujan
Dalam 5 kebaikkan cotton yang saya dapat listkan. cotton juga ada keburukanya....CEPAT KEDUT DAN MESTI DI GOSOK SEBELUM PAKAI... tp kalu u beli 100% original cotton, kerja-kerja menggosok tidaklah payah mana.... cepat je hilang kedutnya.........
klu nak dptkan cotton berkualiti... sila klik link bawah... anda akan agree dengan saya pengalaman memakai kain cotton...
http://www.lasuficotton.com/
asal pokok kapas..
dah jadi kain nakbuat baju
Tuesday, 9 July 2013
SALAM RAMADHAN
Assalamualaikum WBH,
Datangnya Ramadhan lagi, bulan yang memberi 1001 nikmat, berakah dan bulan yang kita seharusnya lipat gandakan amalan-amalan....
Anak kedua saya Najeeha, 7 tahun baru bertatih untuk berpuasa,, pagi ni balik dari sekolah agama, telefon mintak izin nak bukak puasa... katanya tak tahan nak tunggu sampai petang. nak di larang-larang jangan berbuka kesian pula sebab disebelah petang ada lagi sessi persekolahan. Nak dibiarkan berbuka rasanya tak elok pulak . bila lagi nak belajar berpuasa. Kalau hari ni dapat setengah hari, lama lama kelamaan dapatlah satu hari berpuasa penuh... Alahai anak.. Ibu pun tak sampai hati. Akhirnya yang terkeluar dari mulut makanla kalu dah tak tahan....terdengar dari corong telefon... mak..ibu bagi jiha makan..... petang ni saya nak perhatikan dia.. waktu orang berbuka pasti dia yang lebih-lebih dari abangnya....

Sunday, 2 June 2013
Monday, 20 May 2013
Tips Penjagaan Kain Cotton
Assalamualaikum WBH,
Blog yang dah lama bersarang.... kalau lelabah dah bercantum sarangnye nak tutup pintu gua......ekeke..
Hari ni nak cite pasal tips2 penjagaan cotton fabric..
- Fabric kapas boleh dicuci dengan tangan ataupun mesih basuh
- Boleh menggunakan air panas atau air sejuk, tapi disyorkan mengunakan kaedah cucian tangan
- Gunakan pencuci yang lembut atau cecair cuci tangan atau syampoo
- Penggunaan cecair lembut fabric tidak digalakkan kerana ia akan menutup pori-pori kain dan menghadkan keupayaan kain kapas
- Elak menggunakan pelutur kerana ia melemahkan fiber fabrik
- Gantung untuk mengeringkan fabrik
- Digalakkan kain diseterika semasa fabrik dalam keadaan lembap
- Sebarang tumpahan pada kain hendalak dibasuh dengan air sejuk serta merta

Monday, 4 March 2013
Kasih Sayang
Assalamualaikum WBH,
Isu kasih sayang pada keluarga sendiri... saya petik dari Prof Muhaya..
"Fokuskan kasih sayang pada keluarga diri sendiri dulu sebelum orang lain. Oleh itu akhlak kita patut terbaik pada keluarga kita dulu.. Jangan sesekali kita tidak baik pada keluarga tapi berlainan di pejabat. Hentikan hidup mengharapkan penghargaan pada Manusia - Ingatan untuk saya dan kita semua. Beri pelukkan pada keluarga dan dengan orang lain biarlah setakat salam biasa sebagai tanda silaturrahim, Jom ubah budaya dan salam biasa lebih menjimatkan masa. Orang berjaya menjaga masa mereka dan setiap amalan ada sebab dan tujuan bukan hanya mengikut orang lain. Kaum wanita jom audit cara bersalam (perlukah kita mencium pipi hingga 3 kali pada semua orang kita jumpa) kecuali dengan orang yang sangat rapat dan masa mengizinkan.. .."
Tetiba saya rasa terpanggil dan terpukul dengan ayat-ayat di atas. Yang pertama perlakuan saya di rumah dan office dengan anak-anak. Kalau di office kita masih boleh bersabar dengan orang yang kita rasa tindak tanduk nya tak berapa berkenan di hati kita. Tapi kalau di rumah walaupun bukan hari berkerja kita boleh jadi singa dengan tetiba... walhal kesalahan yang dibuat tidak la sebesar mana dan jika dibandingkan dengan umur mereka memanglah budak2. macam2 kerenah untuk menarik perhatian kita... tapi kita tak boleh bersabar... sikit je silap leterannya berjela-jela.. akibatnya anak-anak akan menjauhkan diri buat seketika atau kalau yang besar akan berdiam diri dan melakukan aktiviti sendiri, akibatnya waktu kita bersama mereka makin sedikit, dahla hari berkerja banyak masa kita habiskan di pejabat.. hari cuti pun kita tak mampu nak sediakan waktu dengan mereka.... bab2 ni saya memang kalah dan selalu rasa menyesal dalam diri dan cuba belajar bersabar...
Di awal perkahwinan, saya mengalami sedikit 'cultural shock" serba salah dengan perlakuan sebelah suami yang mengamalkan salam cium tangan.. baik dengan kakak ipar apatah lagi ibu/bapa mertua, saya jadi termalu sendiri sebab belah saya tidaklah sampai mencium tangan bila bersalam dengan kakak atau abang hanya ibu dan bapa sahaja. saya respek keluarga mereka. tp Alhamdulillah entah bila cara bersalam begini sudah berubah dalam keluarga saya...jika berjumpa semasa balik kmapung baik adik atau kakak kami sesama akan bercium tangan... dan perpelukan...harap hubungan dan kasih sayang ni akan terus berpanjangan hingga akhir hayat...

Thursday, 28 February 2013
Tunggu, Perap, Sidai dan Gantung.....
Assalamulaikum WBH...
Dah lama blog ni terperap... dah bersarang dan hari ni la baru dapat nak coret-coret sikit cerira yang agak basi tp still menarik (untuk tuan blog)...
Orang kata menuggun memang satu penyiksaaan, macam menuggu buah durian bila nak gugur sebab buah durian takleh dikait yer.. sebelum Raya Cina lepas, saya ada buat deal ngan factory untuk transport cotton fabric ke sini.... saya tak sangka disebabkan cuti raya cina.. saya terpaksa menuggu selama 3 minggu lebih untuk sampai.. but Alhamdulilllah egala penantian berakhir dengan kegembiraan..
oleh kerana sampainya barang pada hari Rabu... kami perapkan dulu kain-kain tersebut sbb takde masa nak potong.. kerja meh... susah nak bagi2 kan masa bila sampainya volume lagi besar dari biasa order... nak potong, lipat sidai, gantung semuanya ada.... Dalam 600 lai kain yang terperap.. ada customer yang mmg dah tak sabar nak datang pick up.. sudanhya dia kena pilih sendiri dan mencari corak-corak yang cantik (wal hal semuanya cantik meh)....
Esokkerja-kerja menyidai dan mengantung kain akan bermula.. Stok baru sudah separuh terbang melayang.. kedai kami masih belum tergantung stock-stok baru...
Jadi kepada sesiapa yang berminat dengan English Cotton original.. haruslah cepat-cepat visit
www.lasuficotton.com atau fb lasufi cotton
Saya tinggalkan anda model cilik Lasufi Cotton
boleh lawat PAGE saya
Monday, 4 February 2013
SABAR
Assalamualaikum WBH..
Sindrom malas menulis kembali. Sebenarnya banyak pic yang nak di upload dan diceritakan.. tapi saya takde masa sekarang ni dengan kerja office, kerja kain dan hal-hal keluarga.
Firstly... untuk sahabatku Ita selamat berpantang....
Secondly .. untuk sahabatku Farah.. ada hikmah di sebalik nya.. harap bersabar..
Finally..... apahal jarum jam ni lambatnya bergerak ke pukul 2 mlm ni... byk stok baru masuk yer....
lalalitamplum.......

Wednesday, 21 November 2012
Impian
Assalamualaikum WBH
Saya memang suka kalau dapat dapur cam kat atas. open air. Sambil makan-makan dapat borak2 dan amik angin luar. Pokok-pokok hidup dengan suburnya... luas pulak kalau sedara mara datang nak menyembang..
P/S : gambar ehsan En. Google
Semua orang mempunyai impian dalam apa jua bentuk... material, kesenangan hidup, kesejahteraan, rumah cantik, anak ramai, kerja bagus2, harta banyak macam hartawan, jutawan atau nak jadi jelitawan...... biasalah manusia hidup penuh dengan impian...kalau diusahakan InsyaAllah boleh menjadi kenyataan...
![]() |
Yang ni pun bagus jugak tapi lebih kepada English Style
Teringat zaman dulu-dulu, kalau balik kampung belah terangganu atau kelantan dekorasi dapur sama je... kalu masak air mestia da rasa asap api... muka pesti hitam seban kena asap kan... periuk, kuali, cerek seme berjelaga...very nostalgia
Ruang tamu idaman.. kalau nak buat makan-makan bestkan buat kat luar umah..
Ini pun impian gak ni.... sambil layan TV crite Adam dan Hawa yang tengah in sekarang buat mak-mak dan anak dara berdrama kat luar.... tengok persekitan.. pokok-pokok menghijau....i sukalah jenis rumah yang banyak kaca dan tingkap...nampak rumah lebih besar, luas dan terang..
Yang ni I recommend setiap rumah mesti ada... skarang banyak rumah-rumah baru dan include dalam design taman dalam rumah... ni tempat lepak malam-malam suami isteri sambil minum-minum.. crite zaman ngorat-ngorat dulu....
P/S : gambar ehsan En. Google
Tuesday, 20 November 2012
Hadiah dari Allah
Assalamualaikum WBH
Pagi ni saya sedikit emosional dan sentimental.. Dah 2 hari rasanya sejak keputusan UPSR keluar. Tengok kat TV kejayaan anak-anak (walaupun bukan anak saya) tapi saya tetap rasa sedih dalam gembira.. tetiba rasa sebak atas kejayaan anak-anak yang mengambil keputusan UPSR. Tak tau ngape tapi emosi saya memang cepat tangkap dalam hal-hal sebegini. Pernah saya hadiri persembahan anak2 saya di sekolah mereka. tetiba air mata meleleh.. Pandang kiri kanan mak pak orang lain biasa je.. saya yang terlebih sudaa....
Pagi semalam saya berkongsi kegembiraan salah seorang anak rakan sekerja yang berjaya mendapt 5A walaupun kata Ibunya anaknye pernah tak hadir kesekolah selama 2 bulan akibat patah tangan. tapi tulah kalau Allah kurniakan akal fikiran yang cerdas, memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas dan buat kerja sekolah,, hasilnya pasti mengembirakan...
Pagi ni pulak .. terbaca status my old fren.. Tahniah Betty kerana mendapat 5A.. satu lagi kejayaan yang membanggakan... Walaupun kejayaan untuk anak. sebagai Ibu dan Bapa dah pasti terdetik sedikit perassan bangga atas kejayaan anak.. berkat dorongan ibu bapa dan kesungguhan anak mengulangkaji pelajaran dan guru-guru yang tak penah jemu mendidik pastinya kejayaan menanti..
Anak sulong saya, Nabil Khaif, lagi 3 tahun nak amik UPSR (tahun depan Darjah 4).. anak saya yang ni cukup unik.. semenjak bersekolah Tadika setiap apa soalan yang ditanya pasti berakhir dengan jawapan TAK TAU, ENTAH... saya cukup risau bila time periksa sbb saya tak pasti samada dia paham apa yang dipelajari.. 2 patah perkataan itu memang dah jadi trade mark sampai adik dia pun akan beri jawapan yang sama bila saya bertanyakan soalan. Perassan risau saya lagi bertambah bila nak mengadap Cikgu Kelas setap hujung tahun .. baik sekolah Kebangsaaan atau Sekolah Agama... Tapi Alhamdullillah setiap tahun masih membanggakan Ibu dan Ayah...
Berlainan pula dengan Anak kedua saya.. Najeeha Khasif. Seorang yang cukup aktif dan banyak cakap. ada je idea/topik yang kita tak sangka-sangka keluar dari mulutnya...Kalu dia takde kat umah.. memang sunyi sepi... tp kalu dia ada mak aiiii riuh dibuatnya.
Tahun depan baru nak masuk Darjah 1... tak banyak benda yang boleh diperkatakan...
Walaubagaimanapun saya tetap berbangga mempunyai mereka dalam hidup. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan... harapan saya moga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah..
| Persembahan Koir |
| Dinie |
| Berposing |
| Kawan baik Najeeha .. Dinie dan Farisha |
| Menerima Sijil Graduasi |
| Pelajar Cemerlang Sekolah Tadika Bistari Serendah |
P/S : Nanti saya upload gambar Nabil..
Monday, 19 November 2012
Anak nan 3 orang
Assalamualaikum WBH
Hari sabtu lepas kain yang di order pada hari Isnin (12 Nov12), dah sampai. Wahhh.. sungguh laju kali ni.. tak sampai seminggu stok baru dah sampai. Kata Driver Lorry kali ni express maaa.
ok la saya lagi suka, lagi cepat sampai lagi cepat jalannya InsyaAllah...
Maka pagi sabtu tu lepas breakfast (hari cuti slalu breakfast lewat.. matahari dah meninggi kita baru nak makan) apa lagi kerja-kerja punggah barang bermula. Kami keluarkan semua isi kain dari guni packing., Kata suami dalam 450 lai kain. sambil congak2 dan kira meter supaya sama dengan apa yang diorder.
Malam tadi kami buat make over kedai sikit. susun -susun kain baru dan lama. seperti biasa anak bujang saya akan menolong sama jugak anak dara... nampaknya mereka berminat dalam bisnes kain ni. Kata suami kalau dah memang keturunan .. memang bisnes kain je yang pandai.... tapi hakikatnya memang betul. Kalu tengok kat Jalan TAR KL sapa yang memonopoli bisnes ni, kalu bukan orang Pakistan. Bukan setakat Jalan TAR, kampung saya pun di Kuantan kalu bukan India mesti Pakistan yang bergiat cemerlang dalam bisnes textile.. kami berharap kami pun akan jadi seperti mereka di dalam bidang ni...
| Sibuk melipat kain |
| Gaya lebih |
| Abang berehat ngan Adik.. Kakak mengangkat kain yang sudah dilipat |
Semua kain dah siap disusun... ada dalam 50 design lagi yang belum advertised. Malam ni kita kerjakan kain lagi..
kepada mereka yang berminat nak order boleh visit fb lasufi cotton personal atau lasufi cotton page...
www.lasuficotton.com belum upload lagi... mlm ni pulak yer
Thursday, 15 November 2012
Skill yang satu.....
Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah
Semalam cuti Maal Hijrah.. Anak bujang saya dah banyak kali bertanya bila nak buat oat cookies. dah lama tak buat katanya..... Alhamdulillah dia memang minat dan rajin menolong saya di dapur... "Masterchef" rancangan kegemaran sebab slalu nonton dengan neneknya dan tau malam apa Chef jemputan masak, malam apa memasak secara kumpulan, malam apa malam penyingkiran.....good sign blh tolong saya masak nanti bila besar... umur baru 9 tahun..
2 hari lepas masa cuti Deepavali dia tanya saya bila nak buat cookies oat lagi.. saya mmg pernah buat skali dan menjadi... tu yang suka sangat tapi kalu buat kali kedua belum tentu menjadi .... tu yang payah nak buat tu... saya suka tgk status kawan lama dalam pantang pun masih sempat berbaking...suka tgk cup cakes dan cakes yang dia masak.. very heaven walaupun saya belum rasa .. tgk dari gambar cantik pulak, cam best rasanya. Suami saya slalu cakap masak ni sedap ke tak sedap blakang kira yang penting masak dan masa yang diperuntukkan untuk membuat kek/memasak beesama-sama anak-anak adalah masa yang paling berharga...nanti bila dia besar dia dah takde masa nak habiskan dengan kita sibuk dengan sekolah atau aktiviti lain. Dia jugak slalu berpesan carilah satu resepi yang buatkan anak ingat kita slalu walaupun duduk jauh beribu batu,, tetap balik ke pangkuan keluarga.. Air tangan ibu katanya lain rasa....nampaknya saya perlu mengasah skill baking dan memasak..
Pagi ni saya mencari gambar kain cotton yang direquest oleh customer dalam handphone.. tengah syok menyelak gambar kat picture gallery folder.. saya terjumpa 3 keping gambar ni.... tak tau bila budak bertiga google gambar ni letak dalam handphone saya)...tengah berpikir apa maksud yer...
PICTURES TELL THOUSAND OF WORDS
![]() |
| Memang tak dapek nak buat cenggini......Ibu ni keras tangan |
Tuesday, 13 November 2012
Offline and Online
Assalamualaikum....
Sebagai seller Online and Offline, saya berdepan dengan banyak situasi yang kadang-kadang berasap je.....dan memerlukan kesabaran tinggi nak menjawab/menaip sms/email ngan pembeli...
Sebagai seller yang bergantung sepenuhnya pada kurier service ada beberapa keadaan Buyer kena paham/selami:-
1. Kalau bayar hari ni. kita akan pos esok kalau esok hari kerja (isnin-jumaat)
2. Lepas pos barang kita akan bagi tracking no. kat buyer thru sms/email atau fb message bergantung pada mode pesanan buyer
3. Buyer kena tunggu 1-2 hari untuk barang sampai ke alamat yang diberikan
4. Make sure kawasan anda anda adalah area bandar baru dapat cepat, kalu kampung lambat sikit yer bergantung pada kurier service...
5. Lepas dapat barang kalu boleh bgtau seller supaya perasaan seller ni lega sikit.. takut barang hilang nanti seller kena ganti walaupun dah tertulis kat terms and conditions yang seller tak bertanggung jawab atas kehilangan barang... tp demi prasaan belas kasihan seller ni sanggup mengganti walaupun dah rugi..(kesian ooo , duit dah bagi barang lak hilang)
Perkara- perkara diluar kawalan seller
1. Jangan ditanya ngape check kat website kurier servise no. tracking tak de dalam sistem..
2. Ngape kawasan luar bandar amik 2-4 hari, kekadang 1 minggu
3. Ngape kalau duk kat apartment/flat brang tak hantar byhand- jenuh abg posmen dan manjat tangga
4. Ngape barang bila sampai dah terkoyak plastik... kita tak tau yer sbb masa pos plastik tak berkoyak (seller akan pastikan barang berada di dalam quality terbaik MASA NAK POS)
5. Ngape kos pos mahal.... yg ni seller memang takde jawapan
6. dan dan lagi persoalan yang memang kita takleh jawab
Kesimpulan
Dinasihatkan jika anda expect pukul 2 petang bayar dan pukul 3 petang dapat barang hari yang sama.. silalah ke kedai kami di Sri Srendah, Rawang.. beli offline je boleh pilih, boleh matching-matching sambil minum air kopi cicah biskut 4 segi keras.....(kita beli satu tin besar khas untuk customer)

Thursday, 8 November 2012
4 Hari 3 Malam
Assalamualaikum WBH,
Day 1
Wah tajuk cite macam best je.. macam cite panggung wayang anugerah pantene screen yang sedang hangat kat TV____...
Hari Jumaat lepas kami menuju kepada UiTM Dungun sempena hari Potensi Kemas yang berlangsung dari 2-6 Nov 12.. Kalau ikutkan pada meeting sebelumnya kami nak berkonvoi 5 kereta nak ikut blakang bas.. tp Suami tak setuju katanya nanti susahkan orang pulak sebab kami plan nak hantar anak kecil kami ke Kuantan,, mintak tolong Mak saya jagakan sbb dia sgt fragile..mudah demam. kebetulan sekarang musim hujan dan tengkujuh dan kami lak pergi ke Dungun. Tahu tahulah belah Pantai Timur skarang kan hujan manjang. Bila kami sampai Bukit Goh, fikir balik bawakjelah anak kecik ngan mak boleh letak kat umah sedara. Kalau apa-apa hal berlaku kami dekat je..
| Betul2 terimbas kenangan kat Uitm Melaka tapi Bangunan lain sikit la |
| Add caption |
| Sessi bergambar di depan Hostel Uitm |
Murid Tadika ditempatkan mengikut blog. Anak saya wakil Selangor ditempatkan di Tingkat 3. Punyala tinggi nak mendaki mememng tercungap-cungap jugakla.. saya tinggalakn Najeeha dibawah pengawasan Guru Kelasnya, Cikgu Izan..
Malam kami menjamu selera di kedai berhadapan pantai Uitm Dungun...
Day 2
Gambar -gambar sebelum persembahan bermula
| Pentas Persembahan |
| Pentas dinyalakan lampu |
Masing-masing sibuk nak pastikan segala berjalan lancar baik dari segi kostume dan make-up
| Nabila A.K.A Kura-Kura |
| Anak saya Najeeha membawakan watak meow-meow |
| Penari-penari cilik |
| Aummmm.. Pak Belang.. atau Raziq |
| Puteri Anis (Arnab) |
| Pelakon Berbakat .. Dini ... mmg menjadi beliau membawakan watak Ayam... |
| Sebelum berentap.... |
| Mak pun sibuk nak interframe |
| Ketua Pengarah Kemas memuji anak-anak Tadika atas persembahan selepas persembahan (hasilnya kami dapat makan free kat KFC Dungun) |
Petang tu jugak kami outing ramai- ramai berkonvoi ke Kuala Terengganu, ada yang tak pernah sampai ke Pasar Payang...
| Amik kau,, bling bling lagi... mmg giler kain kat sini ... |
Day 3
Hari ni anak2 tadika takde aktiviti,, kami anjurkan aktiviti sendiri berbabeque di Pantai Tanjung Bidara (sib baik masa ni hari panas)
![]() |
| Mak-mak yang over excited jumpa air |
![]() |
| Barbeque.. ikan, sotong, ayam, hot dog...rempah marinate sendiri |
| Ayam dan Kucing boleh bertemu???? |
| Member baik... |
Budak budak puas mandi manda....
Day 4
![]() |
| Aktiviti bagi makan gajah |
| Gambar kenangan kami .... |
Subscribe to:
Posts (Atom)