Monday 20 May 2013

Tips Penjagaan Kain Cotton

Assalamualaikum WBH,

Blog yang dah lama bersarang.... kalau lelabah dah bercantum sarangnye nak tutup pintu gua......ekeke..

Hari ni nak cite pasal tips2 penjagaan cotton fabric..

- Fabric kapas boleh dicuci dengan tangan ataupun mesih basuh
- Boleh menggunakan air panas atau air sejuk, tapi disyorkan mengunakan kaedah cucian tangan 
- Gunakan pencuci yang lembut atau cecair cuci tangan atau syampoo
- Penggunaan cecair lembut fabric tidak digalakkan kerana ia akan menutup pori-pori kain dan menghadkan keupayaan kain kapas
- Elak menggunakan pelutur kerana ia melemahkan fiber fabrik
- Gantung untuk mengeringkan fabrik
- Digalakkan kain diseterika semasa fabrik dalam keadaan lembap
- Sebarang tumpahan pada kain hendalak dibasuh dengan air sejuk serta merta