Wednesday 4 December 2013

Cerita Pokok dan Mancis

Assalamualaikum WBH,

Sekadar renungan petang hari...


Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tetapi satu batang  mancis juga dapat membakar jutaan pokok.

🔥 Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu, setiap kali ada gesekan kecil, Sang mancis terus terbakar.

🐛 Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidaklah perlu terbakar dgn perasaan marah hanya kerena gesekan kecil. Ketika burung hidup, ia makan ulat, ketika burung mati, ulat pula makan burung.

.. Waktu terus berputar sepanjang zaman sama seperti kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita.

🌊 Kita mungkin berkuasa hari ini tetapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

💊 Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.

.. Ketika kita tua, kita baru tahu bahawa masih banyak perkara yang belum kita kerjakan dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.

⏳Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.

✅ Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat.
Believe in "Cause & Effect"

..Apa yang ditabur,
itulah yang akan kita tuai...

Baca lah....

Tuesday 26 November 2013

Disember - penghujung tahun

Assalamulaikum WBH,

Topik hangat seantero dunia pasal isu pelakon sensasi yang akan mendirikan tumahtangga bulan Disember ni.. tarikh cantik 11.12.13... sana sana sini di blog bercerita sakan.. ada yang mengutuk dan ada yang memuji.... as for me itu rezeki diaorang  mendapat tajaan 13 juta katanya.. bertuah badan. segala benda mendapt sponsor.. sapa yang tak nakkan kalu dah diberi. di tolak dikata sombong, di ambil akan dikata tamak.. masing2 mempunyai perception sendiri dan saya pasti dari hasil  tajaan ada pulangan untuk mereka yang menaja..

Bagi saya bulan December adalah tarikh yang cukup bermakna,. kelahiran saya dan anak perempuan yang akan capai umur 7 tahun 4 dec 2010. Macam2 hadiah yang dimintak. sekejap nak sambut di KFC, sekejap di McD .. boleh la lagi .. yg paling tak tahan  nak sambut kat taman  legoland... jauhnya jiha nak pergi. terkejut ibu tau..

kita raikan sekadarnya aje. kata orang saja nak ingat tarikh dan ada makan2 sikit.. ada hadiah sikit.. bagi happy sikit si besday girl...hadiah belum dicarik... nampaknya Jumaat ni menuju curve la kita ..

tp maknye menuggu hadiah yang lebih besar.... apa kah itu ....jeng jeng jeng....


Monday 5 August 2013

Crite Jam 5



" salam, mintak maaf mengganggu mlm2 saya nak bgtau esok pagi saya balik kg. klu nak amik jg akak kena datang mlm nie la... klu x amik lepas Raya la..."

message pukul 11.53 mlm tadi... yang saya baca pukul 4.10 pagi.  a few calls made but no answering, hati dah  tak keruan ni, memikirkan baju raya nak pakai.. satu hal.. takut kena bising pun satu hal. cepat2 kejutkan huby suruh bangun makan sahur. kami kena jumpa tailor before 5 sbb dia nak terbang ke padang, nak gerak ke LCCCT..

klu tidak. tak berbaju raya la kami 3 branak... tak tau ngape tahun ni persiapan hari raya dilakukan last minit tak macam tahun2 lepas. klu 3 tahun lepas sebelum bersalinkan Naeema saya masih gagah memanjat tangga (eskalator je pun), masa tu  saya bersalin kan dia pada hari kedua Ramadhan. dah berpakat ngan suami kena sipakan segalanya sebelum saya bersalin. dengan perut memboyot menuju ke SOGO yang memamg terkenal ngan ramai orang. tapi gigih. tak kisah berhimpit2, berasak-asak janji dapat baju anak-anak. Tahun lepasa kami shopping masa bulan puasa tp waktu malam. jadi takdelah penat sangat. lepas je berbuka/magrib. terus menonong-nonong  menuju SOGO gak. kadang kalu dipikirkan apa yang best sangat shopping kat situ. dah la bersesak-sesak. nak milih kain pun susah. nak bayar pun satu hal beratur panjang. tempat international lagi sbb berbilang kaum dan bangsa ada kat situ. sebut je nak bangsa apa mesti ada. yag melepak kat tangga pun soksah cakapla....tp SOGO jugak tetap diredah. for me, maybe there's so much of choices you may get. nak fesyen apa seme ada...berhimpit pun berhimpit la..

tp tahun ni dah takde nak meredah ke SOGO.. malam tadi ke Jalan TAR mencari baju melayu suami dan anak bujang, sib baik kaler orange ada.... malam ni pulak nak meerdah ke parkson rawang sudah.. nak carik 2,3 lai baju kemeja untuk anak dara 2 orang... cukupla persiapan tahun ni. ....



Sunday 28 July 2013

MELEPEK


Assalamualaikum WBH,,

Puasa hari ke 14... sorang melepek sebab posa dan sorang lagi melepek sebab demam...penuh bertepek ngan air asam jawa atas kepala. petua orang tua  nak bagi sejuk kepala.....









Tuesday 23 July 2013

Kenapa Fabrik Cotton


Assalamualaikum WBH,

Dalam banyak2 pilihan kain yang terdapat di dunia ini, mengapa cotton yang menjadi pilihan.....pada saya banyak sebab sebenarnya yang membuatkan saya lebih berminat untuk memakai cotton :-

1. Tahan Lasak.... cotton bermutu dan berkualiti selalunya tahan lasak. kain tidak mengecut dan turun warna.... untuk saya wanita berkerja .. semua kerja rumah perlu dilakukan dengan pantas. kerja-kerja membasuh perlu dielakkan seminimum mungkin.. yang paling senang masuk je washing machine.. no need  extra care to be taken for your fabric

2. Warna dan design- klu zaman dulu mak-mak kita punya baju cotton mesti bunga2 halus kan... warnapun dull je.. tapi skarang klu uolls tgk corak dan warna cotton dah mcm2 ... striking, dull, sweets design floral, abstract, polkadot, stripes, cartoon, cars, segala design ada... tell me what kind of material u have all these designs if not cotton.....

3. Kegunaan cotton sendiri pelbagai - barut baby, bedung, pakaian, tilam bantal, sarung kusyen, langsir, hatta alas meja pun ramai orang prefer cotton.....pendek kata mcm2  benda boleh dibuat dengan fabrik cotton.. janji creative.... i lupa lagi satu bag pun sekarang dah guna cotton.. klu tgk kat website macam2 pattern bag ada di jual.. (later on ada di www.lasuficotton.com)

4. Serap peluh - cotton adalah fabrik yang paling baik untuk menyerap peluh dan tidak panas.. untuk kita iklim khatulistiwa, panas dan hujan ni memang sesuai sangatla.....

5. Sepanjang zaman  - dari zaman 40 an hinggalah skarang cotton masih di hati peminat-peminatnya... evergreen.. tak lekang dek panas dan tak lapok dek hujan

Dalam 5 kebaikkan cotton yang saya dapat listkan. cotton juga ada keburukanya....CEPAT KEDUT DAN MESTI DI GOSOK SEBELUM PAKAI... tp kalu u beli 100% original cotton, kerja-kerja menggosok tidaklah payah mana.... cepat je hilang kedutnya.........

klu nak dptkan cotton berkualiti... sila klik link bawah... anda akan agree dengan saya pengalaman memakai kain cotton...


http://www.lasuficotton.com/




 

asal pokok kapas..




dah jadi kain nakbuat baju 

Tuesday 9 July 2013

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum WBH,


Datangnya Ramadhan lagi, bulan yang memberi 1001 nikmat, berakah dan bulan yang kita seharusnya lipat gandakan amalan-amalan....

Anak kedua saya Najeeha, 7 tahun baru bertatih untuk berpuasa,, pagi ni balik dari sekolah agama, telefon mintak izin nak bukak puasa... katanya tak tahan nak tunggu sampai petang. nak di larang-larang jangan berbuka kesian pula sebab disebelah petang ada lagi sessi persekolahan. Nak dibiarkan berbuka rasanya tak elok pulak . bila lagi nak belajar berpuasa. Kalau hari ni dapat setengah hari, lama lama kelamaan dapatlah satu hari berpuasa penuh... Alahai anak.. Ibu pun tak sampai hati. Akhirnya yang terkeluar dari mulut makanla kalu dah tak tahan....terdengar dari corong telefon... mak..ibu bagi jiha makan..... petang ni saya nak perhatikan dia.. waktu orang berbuka pasti dia yang lebih-lebih dari abangnya....

Sunday 2 June 2013

BOOTH.....

Assalamualaiakum...


DON 4GET... OUR DATES AT MEGAMALL KUANTAN..




Monday 20 May 2013

Tips Penjagaan Kain Cotton

Assalamualaikum WBH,

Blog yang dah lama bersarang.... kalau lelabah dah bercantum sarangnye nak tutup pintu gua......ekeke..

Hari ni nak cite pasal tips2 penjagaan cotton fabric..

- Fabric kapas boleh dicuci dengan tangan ataupun mesih basuh
- Boleh menggunakan air panas atau air sejuk, tapi disyorkan mengunakan kaedah cucian tangan 
- Gunakan pencuci yang lembut atau cecair cuci tangan atau syampoo
- Penggunaan cecair lembut fabric tidak digalakkan kerana ia akan menutup pori-pori kain dan menghadkan keupayaan kain kapas
- Elak menggunakan pelutur kerana ia melemahkan fiber fabrik
- Gantung untuk mengeringkan fabrik
- Digalakkan kain diseterika semasa fabrik dalam keadaan lembap
- Sebarang tumpahan pada kain hendalak dibasuh dengan air sejuk serta merta 

Monday 4 March 2013

Kasih Sayang

Assalamualaikum WBH,

Isu kasih sayang pada keluarga sendiri... saya petik dari Prof Muhaya..

"Fokuskan kasih sayang pada keluarga diri sendiri dulu sebelum orang lain. Oleh itu akhlak kita patut terbaik pada keluarga kita dulu.. Jangan  sesekali kita tidak baik pada keluarga tapi berlainan di pejabat. Hentikan hidup mengharapkan penghargaan pada Manusia - Ingatan untuk saya dan kita semua. Beri pelukkan pada keluarga dan dengan orang lain biarlah setakat salam biasa sebagai tanda silaturrahim, Jom ubah budaya dan salam biasa lebih menjimatkan masa. Orang berjaya menjaga masa mereka dan setiap amalan ada sebab dan tujuan bukan hanya mengikut orang lain. Kaum wanita jom audit cara bersalam (perlukah kita mencium pipi hingga 3 kali pada semua orang kita jumpa) kecuali dengan orang yang sangat rapat dan masa mengizinkan.. .."

Tetiba saya rasa terpanggil dan terpukul dengan ayat-ayat di atas. Yang pertama perlakuan saya di rumah dan office dengan anak-anak. Kalau di office kita masih boleh bersabar dengan orang yang kita rasa tindak tanduk nya tak berapa berkenan di hati kita. Tapi kalau di rumah walaupun bukan hari berkerja kita boleh jadi singa dengan tetiba... walhal kesalahan yang dibuat tidak la sebesar mana dan jika dibandingkan dengan umur mereka memanglah budak2. macam2 kerenah untuk menarik perhatian kita... tapi kita tak boleh bersabar... sikit je silap leterannya berjela-jela.. akibatnya anak-anak akan menjauhkan diri buat seketika atau kalau yang besar akan berdiam diri dan melakukan aktiviti sendiri, akibatnya waktu kita bersama mereka makin sedikit, dahla hari berkerja banyak masa kita habiskan di pejabat.. hari cuti pun kita tak mampu nak sediakan waktu dengan mereka.... bab2 ni saya memang kalah dan selalu rasa menyesal dalam diri dan cuba belajar bersabar...

Di awal perkahwinan, saya mengalami sedikit 'cultural shock" serba salah dengan perlakuan sebelah suami yang mengamalkan salam cium tangan.. baik dengan kakak ipar apatah lagi ibu/bapa mertua,  saya jadi termalu sendiri sebab belah saya tidaklah sampai mencium tangan bila bersalam dengan kakak atau abang hanya ibu dan bapa sahaja. saya respek keluarga mereka. tp Alhamdulillah entah bila cara bersalam begini sudah berubah dalam keluarga saya...jika berjumpa semasa balik kmapung baik adik atau kakak kami sesama akan bercium tangan... dan perpelukan...harap hubungan dan kasih sayang ni akan terus berpanjangan hingga akhir hayat...

Thursday 28 February 2013

Tunggu, Perap, Sidai dan Gantung.....

Assalamulaikum WBH...

Dah lama blog ni terperap... dah bersarang dan hari ni la baru dapat nak coret-coret sikit cerira yang agak basi tp still menarik (untuk tuan blog)...

Orang kata menuggun memang satu penyiksaaan, macam menuggu buah durian bila nak gugur sebab buah durian takleh dikait yer.. sebelum Raya Cina lepas, saya ada buat deal ngan factory untuk transport cotton fabric ke sini.... saya tak sangka disebabkan cuti raya cina.. saya terpaksa menuggu selama 3 minggu lebih untuk sampai.. but Alhamdulilllah egala penantian berakhir dengan kegembiraan.. 

oleh kerana sampainya barang pada hari Rabu... kami perapkan dulu kain-kain tersebut sbb takde masa nak potong.. kerja meh... susah nak bagi2 kan masa bila sampainya volume lagi besar dari biasa order... nak potong, lipat sidai, gantung semuanya ada.... Dalam 600 lai kain yang terperap.. ada customer yang mmg dah tak sabar nak datang pick up.. sudanhya dia kena pilih sendiri dan mencari corak-corak yang cantik (wal hal semuanya cantik meh)....

Esokkerja-kerja menyidai dan mengantung kain akan bermula.. Stok baru sudah separuh terbang melayang.. kedai kami masih belum tergantung stock-stok baru... 

Jadi kepada sesiapa yang berminat dengan English Cotton original.. haruslah cepat-cepat  visit
www.lasuficotton.com atau fb lasufi cotton 

 Saya tinggalkan anda model cilik Lasufi Cotton









boleh lawat PAGE saya 


Monday 4 February 2013

SABAR

Assalamualaikum WBH..

Sindrom malas menulis kembali. Sebenarnya banyak pic yang nak di upload dan diceritakan.. tapi saya takde masa sekarang ni dengan kerja office, kerja kain dan hal-hal keluarga.

Firstly... untuk sahabatku Ita selamat berpantang....
Secondly .. untuk sahabatku Farah.. ada hikmah di sebalik nya.. harap bersabar..
Finally..... apahal jarum jam ni lambatnya bergerak ke pukul 2 mlm ni... byk stok baru masuk yer....
lalalitamplum.......