Wednesday 21 November 2012

Impian

Assalamualaikum WBH

Semua orang mempunyai impian dalam apa jua bentuk...  material, kesenangan hidup, kesejahteraan,  rumah cantik,  anak ramai, kerja bagus2, harta banyak macam hartawan, jutawan atau nak jadi jelitawan...... biasalah manusia hidup penuh dengan impian...kalau diusahakan InsyaAllah boleh menjadi kenyataan...



Saya memang suka kalau dapat dapur cam kat atas. open air. Sambil makan-makan dapat borak2 dan amik angin luar. Pokok-pokok hidup dengan suburnya... luas pulak kalau sedara mara datang nak menyembang..




Yang ni pun bagus jugak tapi lebih kepada English Style



Teringat zaman dulu-dulu, kalau balik kampung belah terangganu atau kelantan dekorasi dapur sama je... kalu masak air mestia da rasa asap api... muka pesti hitam seban kena asap kan... periuk, kuali, cerek seme berjelaga...very nostalgia




Ruang tamu idaman.. kalau nak buat makan-makan bestkan buat kat luar umah..



Ini pun impian gak ni.... sambil layan TV crite Adam dan Hawa yang tengah in sekarang buat mak-mak dan anak dara berdrama kat luar.... tengok persekitan.. pokok-pokok menghijau....i sukalah jenis rumah yang banyak kaca dan tingkap...nampak rumah lebih besar, luas dan terang..




Yang ni I recommend setiap rumah mesti ada... skarang banyak rumah-rumah baru dan include dalam design taman dalam rumah... ni tempat lepak malam-malam suami isteri sambil minum-minum.. crite zaman ngorat-ngorat dulu....

P/S : gambar ehsan En. Google

Tuesday 20 November 2012

Hadiah dari Allah

Assalamualaikum WBH

Pagi ni saya sedikit emosional dan sentimental.. Dah 2 hari rasanya sejak keputusan UPSR keluar. Tengok kat TV kejayaan anak-anak (walaupun bukan anak saya) tapi saya tetap rasa sedih dalam gembira.. tetiba rasa sebak atas kejayaan anak-anak yang mengambil keputusan UPSR. Tak tau ngape tapi emosi saya memang cepat tangkap dalam hal-hal sebegini. Pernah saya hadiri persembahan anak2 saya di sekolah mereka. tetiba air mata meleleh.. Pandang kiri kanan mak pak orang lain biasa je.. saya yang terlebih sudaa....

Pagi semalam saya berkongsi kegembiraan salah seorang anak rakan sekerja yang berjaya mendapt 5A walaupun kata Ibunya anaknye  pernah tak hadir kesekolah selama 2 bulan akibat patah tangan. tapi tulah kalau Allah kurniakan akal fikiran yang cerdas, memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas dan buat kerja sekolah,, hasilnya pasti mengembirakan...

Pagi ni pulak .. terbaca status my old fren.. Tahniah Betty kerana mendapat 5A.. satu lagi kejayaan yang membanggakan... Walaupun kejayaan untuk anak. sebagai Ibu dan Bapa dah pasti terdetik sedikit perassan bangga atas kejayaan anak.. berkat dorongan ibu bapa dan kesungguhan anak mengulangkaji pelajaran dan guru-guru yang tak penah  jemu mendidik pastinya kejayaan menanti.. 

Anak sulong saya, Nabil Khaif, lagi 3 tahun nak amik UPSR (tahun depan Darjah 4).. anak saya yang ni cukup unik.. semenjak bersekolah Tadika setiap apa soalan yang ditanya pasti berakhir dengan jawapan TAK TAU, ENTAH... saya cukup risau bila time periksa sbb saya tak pasti samada dia paham apa yang dipelajari.. 2 patah perkataan itu memang dah jadi trade mark sampai adik dia pun akan beri jawapan yang sama bila saya bertanyakan soalan. Perassan risau saya lagi bertambah bila nak mengadap Cikgu Kelas setap hujung tahun .. baik sekolah Kebangsaaan atau Sekolah Agama... Tapi Alhamdullillah setiap tahun masih membanggakan Ibu dan Ayah...  


Berlainan pula dengan Anak kedua saya.. Najeeha Khasif. Seorang yang cukup aktif dan banyak cakap. ada je idea/topik yang kita tak sangka-sangka keluar dari mulutnya...Kalu dia takde kat umah.. memang sunyi sepi... tp kalu dia ada mak aiiii riuh dibuatnya.
 Tahun depan baru nak masuk Darjah 1... tak banyak benda yang boleh diperkatakan... 

Walaubagaimanapun saya tetap berbangga mempunyai mereka dalam hidup. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan... harapan saya moga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah.. 



Persembahan Koir

Dinie 

Berposing 

Kawan baik Najeeha .. Dinie dan Farisha 

Menerima Sijil Graduasi

Pelajar Cemerlang Sekolah Tadika Bistari Serendah


P/S : Nanti saya upload gambar Nabil.. 

Monday 19 November 2012

Anak nan 3 orang

Assalamualaikum WBH

Hari sabtu lepas kain yang di order pada hari Isnin (12 Nov12), dah sampai. Wahhh.. sungguh laju kali ni.. tak sampai seminggu stok baru dah sampai. Kata Driver Lorry kali ni express maaa.

ok la saya lagi suka, lagi cepat sampai lagi cepat jalannya InsyaAllah...

Maka pagi sabtu tu lepas breakfast (hari cuti slalu breakfast lewat.. matahari dah meninggi kita baru nak makan) apa lagi kerja-kerja punggah barang bermula.  Kami keluarkan semua isi kain dari guni packing., Kata suami dalam 450 lai kain. sambil congak2 dan kira meter supaya sama dengan apa yang diorder.  

Malam tadi kami buat make over kedai sikit. susun -susun kain baru dan lama. seperti biasa anak bujang saya akan menolong sama jugak anak dara... nampaknya mereka berminat dalam bisnes kain ni. Kata suami kalau dah memang keturunan .. memang bisnes kain je yang pandai.... tapi hakikatnya memang betul. Kalu tengok kat Jalan TAR KL sapa yang memonopoli bisnes ni, kalu bukan orang Pakistan. Bukan setakat Jalan TAR, kampung saya pun di Kuantan kalu bukan India mesti Pakistan yang bergiat cemerlang dalam bisnes textile.. kami berharap kami pun akan jadi seperti mereka di dalam bidang ni...




Sibuk melipat kain

Gaya lebih

Abang berehat ngan Adik.. Kakak mengangkat kain yang sudah dilipat

Semua kain dah siap disusun... ada dalam 50 design lagi yang belum advertised. Malam ni kita kerjakan kain lagi..

kepada mereka yang berminat nak order boleh visit fb lasufi cotton personal atau lasufi cotton page...
www.lasuficotton.com belum upload lagi... mlm ni pulak yer

Thursday 15 November 2012

Skill yang satu.....

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah

Semalam cuti Maal Hijrah.. Anak bujang saya dah banyak kali  bertanya bila nak buat oat cookies. dah lama tak buat katanya..... Alhamdulillah dia memang minat dan rajin menolong saya di dapur... "Masterchef" rancangan kegemaran sebab slalu nonton dengan neneknya dan tau malam apa Chef jemputan masak, malam apa memasak secara kumpulan, malam apa malam penyingkiran.....good sign blh tolong saya masak nanti bila besar... umur baru 9 tahun..

2 hari lepas masa cuti Deepavali dia tanya saya bila nak buat cookies oat lagi.. saya mmg pernah buat skali dan menjadi... tu yang suka sangat tapi kalu buat kali kedua belum tentu menjadi .... tu yang payah nak buat tu... saya suka tgk status kawan lama dalam pantang pun masih sempat berbaking...suka tgk cup cakes dan cakes yang dia masak.. very heaven walaupun saya belum rasa .. tgk dari gambar cantik pulak, cam best rasanya. Suami saya slalu cakap masak ni sedap ke tak sedap blakang kira yang penting masak dan masa yang diperuntukkan untuk membuat kek/memasak  beesama-sama anak-anak adalah masa yang paling berharga...nanti bila dia besar dia dah takde masa nak habiskan dengan kita sibuk dengan sekolah atau aktiviti lain. Dia jugak slalu berpesan carilah satu resepi yang buatkan anak ingat kita slalu walaupun duduk jauh beribu batu,, tetap balik ke pangkuan keluarga.. Air tangan ibu katanya lain rasa....nampaknya saya perlu mengasah skill baking dan  memasak..

Pagi ni saya mencari gambar kain cotton yang direquest oleh customer dalam handphone.. tengah syok menyelak gambar kat picture gallery folder.. saya terjumpa 3 keping gambar ni.... tak tau bila budak bertiga google gambar ni letak dalam handphone saya)...tengah berpikir apa maksud yer...


PICTURES TELL THOUSAND OF WORDS




Memang tak dapek nak buat cenggini......Ibu ni keras tangan

Tuesday 13 November 2012

Offline and Online

Assalamualaikum....

Sebagai seller Online and Offline, saya berdepan dengan banyak situasi yang kadang-kadang berasap je.....dan memerlukan kesabaran tinggi nak menjawab/menaip sms/email ngan pembeli...

Sebagai seller yang bergantung sepenuhnya pada kurier service ada beberapa keadaan Buyer kena paham/selami:-

1. Kalau bayar hari ni. kita akan pos esok kalau esok hari kerja (isnin-jumaat)
2. Lepas pos barang kita akan bagi tracking no.  kat buyer thru sms/email atau fb message bergantung pada mode pesanan buyer
3. Buyer kena tunggu 1-2 hari untuk barang sampai ke alamat yang diberikan
4. Make sure kawasan anda anda adalah area bandar baru dapat cepat, kalu kampung lambat sikit yer bergantung pada kurier service...
5. Lepas dapat barang kalu boleh bgtau seller supaya perasaan seller ni lega sikit.. takut barang hilang nanti seller kena ganti walaupun dah tertulis kat terms and conditions yang seller tak bertanggung jawab atas kehilangan barang... tp demi prasaan belas kasihan seller ni sanggup mengganti walaupun dah rugi..(kesian ooo , duit dah bagi barang lak hilang)


Perkara- perkara diluar kawalan seller

1. Jangan ditanya  ngape check kat website kurier servise no. tracking tak de dalam sistem..
2. Ngape kawasan luar bandar amik 2-4 hari, kekadang 1 minggu
3. Ngape kalau duk kat apartment/flat brang tak hantar byhand- jenuh abg posmen dan manjat tangga
4. Ngape barang bila sampai dah terkoyak plastik... kita tak tau yer sbb masa pos plastik tak berkoyak (seller akan pastikan barang berada di dalam quality terbaik MASA NAK POS)
5. Ngape kos pos mahal.... yg ni seller memang takde jawapan
6. dan dan lagi persoalan yang memang kita takleh jawab


Kesimpulan

Dinasihatkan jika anda expect pukul 2 petang bayar dan pukul 3 petang dapat barang hari yang sama.. silalah ke kedai kami di Sri Srendah, Rawang.. beli offline je boleh pilih, boleh matching-matching sambil minum air kopi cicah biskut 4 segi keras.....(kita beli satu tin besar khas untuk customer)











Thursday 8 November 2012

4 Hari 3 Malam

Assalamualaikum WBH,

Day 1

Wah tajuk cite macam best je.. macam cite panggung wayang anugerah  pantene screen yang sedang hangat kat TV____... 

Hari Jumaat lepas kami menuju kepada UiTM Dungun sempena hari Potensi Kemas yang berlangsung dari 2-6 Nov 12.. Kalau ikutkan pada meeting sebelumnya kami nak berkonvoi 5 kereta nak ikut blakang bas.. tp Suami tak setuju katanya nanti susahkan orang pulak sebab kami plan nak hantar anak kecil kami ke Kuantan,, mintak tolong Mak saya jagakan sbb dia sgt fragile..mudah demam. kebetulan sekarang musim hujan dan tengkujuh dan kami lak pergi ke Dungun. Tahu tahulah belah Pantai Timur skarang kan hujan manjang.  Bila kami sampai Bukit Goh, fikir balik bawakjelah anak kecik ngan mak boleh letak kat umah sedara. Kalau apa-apa hal berlaku kami dekat je..



Betul2 terimbas kenangan kat Uitm Melaka tapi Bangunan lain sikit la

Add caption

Sessi bergambar di depan Hostel Uitm

Murid Tadika ditempatkan  mengikut blog. Anak saya wakil Selangor ditempatkan di Tingkat 3. Punyala tinggi nak mendaki mememng tercungap-cungap jugakla.. saya tinggalakn Najeeha dibawah pengawasan Guru Kelasnya, Cikgu Izan..

Malam kami menjamu selera di kedai berhadapan pantai Uitm Dungun...






Day 2

Gambar -gambar sebelum persembahan bermula 


Pentas Persembahan 

Pentas dinyalakan lampu


Masing-masing sibuk nak pastikan segala berjalan lancar baik dari segi kostume dan make-up



Nabila A.K.A Kura-Kura

Anak saya Najeeha membawakan watak meow-meow

Penari-penari cilik

Aummmm.. Pak Belang.. atau Raziq

Puteri Anis (Arnab)

Pelakon Berbakat .. Dini ... mmg menjadi beliau membawakan watak Ayam... 

Sebelum berentap....


Mak pun sibuk nak interframe






Ketua Pengarah Kemas memuji anak-anak Tadika atas persembahan selepas persembahan
(hasilnya kami dapat makan free kat KFC Dungun) 



Petang tu jugak kami outing ramai- ramai berkonvoi ke Kuala Terengganu, ada yang tak pernah sampai ke Pasar Payang... 









Amik kau,, bling bling lagi... mmg giler kain kat sini ... 





Day 3

Hari ni anak2 tadika takde aktiviti,, kami anjurkan aktiviti sendiri berbabeque di Pantai Tanjung Bidara (sib baik masa ni hari panas)


Mak-mak yang over excited jumpa air

Barbeque.. ikan, sotong, ayam, hot dog...rempah marinate sendiri 



Ayam dan Kucing boleh bertemu????

Member baik... 






Budak budak puas mandi manda....


Day 4












Aktiviti bagi makan gajah






Gambar kenangan kami ....