Thursday 15 November 2012

Skill yang satu.....

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah

Semalam cuti Maal Hijrah.. Anak bujang saya dah banyak kali  bertanya bila nak buat oat cookies. dah lama tak buat katanya..... Alhamdulillah dia memang minat dan rajin menolong saya di dapur... "Masterchef" rancangan kegemaran sebab slalu nonton dengan neneknya dan tau malam apa Chef jemputan masak, malam apa memasak secara kumpulan, malam apa malam penyingkiran.....good sign blh tolong saya masak nanti bila besar... umur baru 9 tahun..

2 hari lepas masa cuti Deepavali dia tanya saya bila nak buat cookies oat lagi.. saya mmg pernah buat skali dan menjadi... tu yang suka sangat tapi kalu buat kali kedua belum tentu menjadi .... tu yang payah nak buat tu... saya suka tgk status kawan lama dalam pantang pun masih sempat berbaking...suka tgk cup cakes dan cakes yang dia masak.. very heaven walaupun saya belum rasa .. tgk dari gambar cantik pulak, cam best rasanya. Suami saya slalu cakap masak ni sedap ke tak sedap blakang kira yang penting masak dan masa yang diperuntukkan untuk membuat kek/memasak  beesama-sama anak-anak adalah masa yang paling berharga...nanti bila dia besar dia dah takde masa nak habiskan dengan kita sibuk dengan sekolah atau aktiviti lain. Dia jugak slalu berpesan carilah satu resepi yang buatkan anak ingat kita slalu walaupun duduk jauh beribu batu,, tetap balik ke pangkuan keluarga.. Air tangan ibu katanya lain rasa....nampaknya saya perlu mengasah skill baking dan  memasak..

Pagi ni saya mencari gambar kain cotton yang direquest oleh customer dalam handphone.. tengah syok menyelak gambar kat picture gallery folder.. saya terjumpa 3 keping gambar ni.... tak tau bila budak bertiga google gambar ni letak dalam handphone saya)...tengah berpikir apa maksud yer...


PICTURES TELL THOUSAND OF WORDS




Memang tak dapek nak buat cenggini......Ibu ni keras tangan

No comments: