Tuesday 20 November 2012

Hadiah dari Allah

Assalamualaikum WBH

Pagi ni saya sedikit emosional dan sentimental.. Dah 2 hari rasanya sejak keputusan UPSR keluar. Tengok kat TV kejayaan anak-anak (walaupun bukan anak saya) tapi saya tetap rasa sedih dalam gembira.. tetiba rasa sebak atas kejayaan anak-anak yang mengambil keputusan UPSR. Tak tau ngape tapi emosi saya memang cepat tangkap dalam hal-hal sebegini. Pernah saya hadiri persembahan anak2 saya di sekolah mereka. tetiba air mata meleleh.. Pandang kiri kanan mak pak orang lain biasa je.. saya yang terlebih sudaa....

Pagi semalam saya berkongsi kegembiraan salah seorang anak rakan sekerja yang berjaya mendapt 5A walaupun kata Ibunya anaknye  pernah tak hadir kesekolah selama 2 bulan akibat patah tangan. tapi tulah kalau Allah kurniakan akal fikiran yang cerdas, memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas dan buat kerja sekolah,, hasilnya pasti mengembirakan...

Pagi ni pulak .. terbaca status my old fren.. Tahniah Betty kerana mendapat 5A.. satu lagi kejayaan yang membanggakan... Walaupun kejayaan untuk anak. sebagai Ibu dan Bapa dah pasti terdetik sedikit perassan bangga atas kejayaan anak.. berkat dorongan ibu bapa dan kesungguhan anak mengulangkaji pelajaran dan guru-guru yang tak penah  jemu mendidik pastinya kejayaan menanti.. 

Anak sulong saya, Nabil Khaif, lagi 3 tahun nak amik UPSR (tahun depan Darjah 4).. anak saya yang ni cukup unik.. semenjak bersekolah Tadika setiap apa soalan yang ditanya pasti berakhir dengan jawapan TAK TAU, ENTAH... saya cukup risau bila time periksa sbb saya tak pasti samada dia paham apa yang dipelajari.. 2 patah perkataan itu memang dah jadi trade mark sampai adik dia pun akan beri jawapan yang sama bila saya bertanyakan soalan. Perassan risau saya lagi bertambah bila nak mengadap Cikgu Kelas setap hujung tahun .. baik sekolah Kebangsaaan atau Sekolah Agama... Tapi Alhamdullillah setiap tahun masih membanggakan Ibu dan Ayah...  


Berlainan pula dengan Anak kedua saya.. Najeeha Khasif. Seorang yang cukup aktif dan banyak cakap. ada je idea/topik yang kita tak sangka-sangka keluar dari mulutnya...Kalu dia takde kat umah.. memang sunyi sepi... tp kalu dia ada mak aiiii riuh dibuatnya.
 Tahun depan baru nak masuk Darjah 1... tak banyak benda yang boleh diperkatakan... 

Walaubagaimanapun saya tetap berbangga mempunyai mereka dalam hidup. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan... harapan saya moga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah.. 



Persembahan Koir

Dinie 

Berposing 

Kawan baik Najeeha .. Dinie dan Farisha 

Menerima Sijil Graduasi

Pelajar Cemerlang Sekolah Tadika Bistari Serendah


P/S : Nanti saya upload gambar Nabil.. 

No comments: