Tuesday 13 November 2012

Offline and Online

Assalamualaikum....

Sebagai seller Online and Offline, saya berdepan dengan banyak situasi yang kadang-kadang berasap je.....dan memerlukan kesabaran tinggi nak menjawab/menaip sms/email ngan pembeli...

Sebagai seller yang bergantung sepenuhnya pada kurier service ada beberapa keadaan Buyer kena paham/selami:-

1. Kalau bayar hari ni. kita akan pos esok kalau esok hari kerja (isnin-jumaat)
2. Lepas pos barang kita akan bagi tracking no.  kat buyer thru sms/email atau fb message bergantung pada mode pesanan buyer
3. Buyer kena tunggu 1-2 hari untuk barang sampai ke alamat yang diberikan
4. Make sure kawasan anda anda adalah area bandar baru dapat cepat, kalu kampung lambat sikit yer bergantung pada kurier service...
5. Lepas dapat barang kalu boleh bgtau seller supaya perasaan seller ni lega sikit.. takut barang hilang nanti seller kena ganti walaupun dah tertulis kat terms and conditions yang seller tak bertanggung jawab atas kehilangan barang... tp demi prasaan belas kasihan seller ni sanggup mengganti walaupun dah rugi..(kesian ooo , duit dah bagi barang lak hilang)


Perkara- perkara diluar kawalan seller

1. Jangan ditanya  ngape check kat website kurier servise no. tracking tak de dalam sistem..
2. Ngape kawasan luar bandar amik 2-4 hari, kekadang 1 minggu
3. Ngape kalau duk kat apartment/flat brang tak hantar byhand- jenuh abg posmen dan manjat tangga
4. Ngape barang bila sampai dah terkoyak plastik... kita tak tau yer sbb masa pos plastik tak berkoyak (seller akan pastikan barang berada di dalam quality terbaik MASA NAK POS)
5. Ngape kos pos mahal.... yg ni seller memang takde jawapan
6. dan dan lagi persoalan yang memang kita takleh jawab


Kesimpulan

Dinasihatkan jika anda expect pukul 2 petang bayar dan pukul 3 petang dapat barang hari yang sama.. silalah ke kedai kami di Sri Srendah, Rawang.. beli offline je boleh pilih, boleh matching-matching sambil minum air kopi cicah biskut 4 segi keras.....(kita beli satu tin besar khas untuk customer)











No comments: