Wednesday 15 January 2014

2014......

Assalamualaikum wbh,

pejam celik.. tidur malam, siang kerja.. alih2 hari ni dah 17 Jan 2014, sungguh cepat masa berlalu. kekadang rasa baru nak tidur.. tetiba dah siang. jam henfon dah bunyi, mak aiii kena bangun nak siapkan anak2 ke sekolah dan diri sendiri ke mana lagi kalu tak meredah jem dari rawang ke sg penchala menuju ke office (makin lama makin bencinta nak ke office).....

apa yang Lasufi Cotton dah achieve untuk tahun lepas. adakah dah meet target or masih merangkak. org kata sampai bila2 pun kita takkan puas hati dengan apa yang kita capai. kerja masih diteruskan seperti biasa, tp ada satu achievement yang cukup membanggakan iaitu PEMBUKAAN KEDAI LASUFI COTTON DI MALAY TOWN KUANTAN. Walaupun baru bermula kira-kira 2 bulan lepas tapi sambutan dari hari ke hari makin meningkat. Pelanggan dah mula kenal Lasufi Cotton dan mula menerjah setiap minggu.. terima kasih kami ucapkan.. nampaknya kerja kuat perlu dieteruskan berganda-ganda. Design baru mesti ada setiap bulan , untuk memenuhi citarasa pelanggan.  Customer Service kena dipertingkatkan,  delivery mesti fast. jangan asyik tertangguh tapi kadang ... ada benda yang kita tak dapat kawal, kurier company ni amatla dikesalkan. yang  namanya laju dan jadi lembab. yang janji-janji manis 1 day delivery dah jadi 1 week or 2 weeks delivery hanya untuk sampai ke Shah Alam dari Rawang. sakitnya hari hanya Allah yang tau tapi kami amat berterima kasih pada pelanggan yang faham keadaan kami.  Sepatutnye semakin ramai yang terjebak dalam bisnes online, quality perkhidmatan dia orang mestilah lagi bagus, bukan makin merudum.. (sakit hati la nak cite pasal kurier ni,.. kalaula saya bnyak modal akan.......)

Masih bercita-cita untuk membuka sepenuhnya cawangan di Rawang, bukan semata-mata  weekend yang mana kami rasakan susah untuk pelanggan  untuk memilih sendiri dan bukan on-line. Akan ku usahakan cita2  ini InsyaAllah. sapa tau mungkin tahun 2014 akan jadi kenyataan...

Harap2 akan tercapai.. Amin

No comments: